Friday, July 21, 2006

sEmPoi


.
.
a MoTHeR oF a LoVeLY DaUgHteR N sOn...aNd a WiFe oF a VeRY sEmPoI HuBBy... :)*

Thursday, July 20, 2006

demi masa

.









Berikan dia waktu..



Kerana waktu mampu menyembuh
Waktu juga mampu membunuh...

ketidaksempurnaan itu menjadikan kita, manusia. Seadanya.

`
~belalang

`

Tuesday, July 18, 2006

Siti dan Miti

.
.
.
Selasa, 18 julai 2006

21 Ogos hari bahagia buat Siti, Khalid
Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Serimah Mohd Sallehuddin

KUALA LUMPUR: Bibit percintaan Siti Nurhaliza Tarudin dengan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, terjalin sekembalinya penyanyi popular itu ke tanah air selepas konsertnya di Royal Albert Hall, London, April tahun lalu.

Siti, 27, yang mengakhiri spekulasi mengenai kisah cintanya semalam berkata, hubungannya dengan Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 47, semakin mesra beberapa bulan kemudian sehingga beliau memberitahu keluarganya.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu mengesahkan akan menikahi Khalid pada 21 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sebelum waktu Zohor, manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 28 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Miti boleh bertindak tangani masalah gula
Oleh Norfatimah Ahmad dan Zainab Mohd Yatim

KUALA LUMPUR: Hanya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) boleh bertindak terhadap kilang gula yang enggan mengutamakan bekalan domestik, mengenakan sekatan kuota eksport.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Miti, malah beberapa cadangan turut dikemukakan kepada kementerian itu bagi menangani masalah kekurangan gula sejak awal tahun ini.

Miti yang bertanggungjawab dalam pengeluaran permit (AP) import dan eksport kilang itu. Kerana itu, sebarang tindakan juga perlu datang daripada kementerian itu,” katanya selepas merasmikan Hari Pengguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria di sini, semalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz ketika ditanya mengenai perkara itu semalam bagaimanapun enggan mengulas kerana beliau baru balik dari luar negara.

Ini adalah berikutan tarikh perkahwinan Siti yang semakin dekat dan difahamkan kekurangan gula yang melampau akan menjejaskan rase sirap yang disediakan pada majlis nanti.

www.bharian.com.my

`

Friday, July 14, 2006

duit

.
.
.

Duit sehinggit telah bertemu dengan lima puluh hinggit dan bertanya:
"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab:
" aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik Hard Rock Cafe, gi KK naik AirAsia, lepak Time Square, Low Yat.. tempat2 cam tu lah. Eh, ko camner lak?"
Duit sehingit menjawab perlahan seraya menunduk:
" hmm.. bosan.. balik- balik tempat sama.. surau, masjid, surau ".


`

Friday, July 07, 2006

beca



Lesen Beca Roda Tiga

(Enakmen Kenderaan Bab 167)

Walaupun permohonan lesen ini makin berkurang, namun lesen-lesen terus dikeluarkan kepada pemilik-pemilik beca roda tiga/kereta tolak yang sedia ada. Pengeluaran lesen dibuat secara tahunan.

`dbkl



.