Wednesday, October 31, 2007

dongengan aku

~
Sekarang aku masih punya seorang isteri
.. mahu dakap sampai mati

dan tiga anak, harta yang paling aku kasihi.

(macam sajak Pak Utih – Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang)

.

Thursday, October 25, 2007

asphalt ini

. Hari ini aku cuti..

Mata aku terhenti pada sepasang suami isteri muda yang bergilir-gilir mendokong anak kecil. Dari wajah dan pakaian mereka, aku dapat mengagak bahawa mereka masih muda dan berjiwa remaja. Si isteri dengan jeans ketat dan t-shirt oren. Si suami dengan jeans, t-shirt dan cap. Semua pakaian yang tiada jenama. Mereka mundar-mandir antara pondok telefon awam dan sebuah kedai fotostat. Sekejap si isteri menelefon dan suami mendokong anak. Sekejap lagi si suami mengusung beberapa helai kertas untuk di buat fotokopi bersama-sama sebuah buku akaun simpanan Bank.

Mereka orang biasa, rakyat marhaen macam kita.

Cuaca memang panas membara (antara satu sebab aku malas nak keluar dari kereta.)

Anggapan pertama aku yang timbul adalah mereka orang susah kerana budak sekolah darjah 6 sudah mampu memiliki sebuah telefon bimbit pra-bayar masakini. Mungkin dulu masa bercinta, mereka terlalu banyak bersembang dan ber’sms’ sampai kad pra-bayar terpaksa dibeli 7,8 kali sebulan.Sekarang budget lari, tambah lagi dah ada pula si kecil pengarang jantung hati.

Anggapan kedua aku, si suami mungkin sedang sibuk mencari pekerjaan bagi menanggung anak bini. Tambah bila anak masih bayi, nak beli itu ini bukan pakai air liur basi.

Anggapan ketiga aku, mungkin juga masa bercinta dulu, masing-masing cuma fikir pasal dunia mereka sahaja. Bila nak kahwin, paksa mak bapak keluarkan belanja.Masa berdua, semua belanja mereka sekeluarga yang taja. Bila dah keluar anak, baru susah-susah nak cari kerja.

Anggapan keempat aku, si suami mungkin baru kehilangan kerja dan demi makan pakai anak bini, terpaksa menghantar borang kerja mencuba nasib sementara kudrat masih kuat.

Anggapan-anggapan aku terus hanyut di bawa angin panas di tengahari apabila aku lihat mereka bergurau mesra dengan senyuman terukir. Manis sekali.Aku tahu mereka bahagia walau apa jua derita dan halangan yang menimpa.

Aku keluar dari kereta dan menuju ke 7eleven dgn tujuan yang satu, nak beli ubat nyamuk dalam kotak warna biru. Aku mengutuk-ngutuk diri aku. Yang nak jaga tepi kain orang pasal apa? Entah-entah dia parking Mercedes Benz C200 Compressor di hujung jalan sana dan aku sibuk-sibuk memikirkan dan beranggapan bukan-bukan pasal mereka.

habis cerita,
.