Friday, November 23, 2007

pelangi

.
~tuhan hilangkan matahari sekejap,
dia bagi hujan, petir dan kilat,
puas kita menangis dan mencari mana matahari..
rupa nya dia anugerahkan kita pelangi
dan kekadang kita mula rindukan pelangi yang

indah itu dikala mentari merah..

belalang: hhhmmm.. (sy bkn ckgu awak la)..??

Thursday, November 22, 2007

angkat jemuran....Hujann !

.
Hujan terus turun mencurah-curah bagaikan butir-butir kaca di simbah.
Bukan setakat dibumbung ini, tetapi hampir di kesemua kawasan.
Mengikut kajian aku, hujan ini seperti ingin memberitahu sesuatu.
Hujan bukan sekadar air yang tergenang pecah dari kandungan awan gemawan.
Hujan juga bukan sekadar titis-titis air berderai di udara.
Hujan adalah perlambangan yang cukup mudah untuk menarik hati atau meruntun perasaan . Kerana hujan biasanya ditemani oleh angin kencang, guruh, kilat dan petir yang bergoncang yang boleh dilambangkan dengan kemarahan dan perasaan yang tidak tenteram. Hujan juga boleh turun dengan lembut bagaikan gerimis yang boleh dilambangkan sebagai satu kesedihan atau rasa duka yang panjang.
Hujan dan udara yang dingin adalah satu kejadian Tuhan yang mengundang pelbagai tafsiran. Bagi aku, hujan membawa sejuta ketenangan.
Mengimbau seribu kenangan. Kini aku berdiri menghadap cermin yang penuh dengan titik-titik air dan lurutan hujan yang bagaikan satu lukisan kehidupan tergambar dihadapan.Pemandangan rumah-rumah yang berbalam di hadapan bagaikan menutup wajah realiti dan menghentikan detik waktu yang berjalan. Aku teringat suatu waktu dahulu, dalam hujan-hujan begini ketika aku di dataran. aku seakan tidak dilepaskan..
~

Sunday, November 18, 2007

kota ini

.
~Dari suatu sudut kota ini, aku berdiri, menyendiri. Aku laungkan suara-suara rasa, sia-sia, ia tenggelam dihanyutkan dengan kebisingan bunyi jentera. Kota ini tak mahu mendengar seruan jiwa, kota ini hanya mahu mendengar hilaian ketawa dan nada-nada gembira sahaja.

Apakah penghuninya tak pernah melakarkan duka dan nestapa?
Apakah penghuninya tak pernah menitiskan air mata ?

Mengapa harus berpura-pura sedangkan realitinya, kota ini penuh dengan orang-orang yang kecewa. Penuh dengan orang-orang yang sakit dan tenat dengan cara hidupnya.

Dari sudut gelap kota, aku melangkah tanpa suara, tanpa kata. Laungan-laungan mulia memanggil-manggilku agar melangkah ke rumahNya, di persimpangan dua arus lesu, Di mana cahaya bersinar menerangi sudut-sudut kelabu.

Aku bertamu lagi di Kota itu.


Tunggu aku, aku datang untuk mengenalimu.

Tuesday, November 13, 2007

I started a joke..

. .
I started a joke, which started the whole world crying,
but I didn't see that the joke was on me, oh no.

I started to cry, which started the whole world laughing,
oh, if I'd only seen that the joke was on me.

I looked at the skies, running my hands over my eyes,
and I fell out of bed, hurting my head from things that I'd said.

Til I finally died, which started the whole world living,
oh, if I'd only seen that the joke was on me.

- Bee Gees

~belalang - I'm sorry, I may have hurt a heart from things that I've said..
.

Monday, November 12, 2007

ulangan may 21, 2006

..MENAMBAT RAKIT

sesudah demikian lama dicintai, sukarlah dilupakan, inti pengalaman, kepedihan, agar kerinduan keresahan..
memang begitu banyak diperlukan.. kekuatan, ke pangkalan batin rakit ditambatkan, bara kenangan dikuatkan ..
akhirnya tak terduga,kekuatan membuak sendiri, dan disedari semua tak kan sampai kedasar inti ,
kepiluan yang berlanjut, akhir nya ditenterami.. keyakinan, betapa dielak akan takdir, tetap teguh kah pintu nya..
tiada beza, hilang kemudian atau pun tenggelam nya sekarang, tiada bezanya, jika langsung tak datang, atau tiba-tiba terkorban..

~ lagu puisi - Ahmad Ramli