Sunday, December 31, 2006

end



. wellcome !

Wednesday, December 27, 2006

cuti

.
~
banyak cuti...
macam macam cuti..
dan aku tgh layan cuti !


.

Friday, December 01, 2006

syukur..pada Dia



syukur...pada Dia yang memberi seluas ladang kemanisan
yang penuh dengan kenikmatan..

.

Wednesday, November 29, 2006

awas !

Awas !
bukan semua paper bag boleh diisi barang yang anda shopping...
ade paper bag yang makan jari tuan nye sendiri.....




~

Monday, November 13, 2006

"Assalamualaikum"

.
~

Untuk renungan bersama :

Janganlah kita menggantikan perkataan
"Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa
sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan
Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita
ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna
dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu
member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum
dalam sms ataupun email . Perkataan 'AKUM'
adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang
bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani.
Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot'
yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.

Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform
"A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah
dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya Wassalam.

wallahualam...

Saturday, October 28, 2006

Tuesday, October 17, 2006

senja duapuluh empat Ramadhan

.
~

Moga ramadhan kali ini mengundang sejuta keberkatan.

Sejuta kerahmatan.

Secangkir pengabdian tercurah ke dada laut keampunan
Bagai aku
Bagai kamu


Ramadhan yang dirindu-rindukan. akan kembali pulang.

~belalang- Salam Ramadhan buat semua teman-teman dan tuan puan yang budiman.

Sunday, September 24, 2006

kunjungan ramadan


.
~ dalam pilu penuh rahsia,
kunjungan mu ku tunggu jua...

Monday, September 18, 2006

rempit




adalah bersamaan dengan -------->

Monday, September 11, 2006

walk...walk..

.
~
"....oooO..............
.....(....)...Oooo...
......)../.....(....)....
.....(_/.......)../.....
...............(_/.......

"....oooO..............
.....(....)...Oooo...
......)../.....(....)....
.....(_/.......)../.....
...............(_/.......

"....oooO..............
.....(....)...Oooo...
......)../.....(....)....
.....(_/.......)../.....
...............(_/.......

"....oooO..............
.....(....)...Oooo...
......)../.....(....)....
.....(_/.......)../.....
...............(_/.......

wALk wALk wALk
"mANy ppL WiLl wALk In & OuT
oF Ur LiFe BuT oNlY TrUe FrEn WILl
LeAvE FoOtPrInTs In YoUr HeArT"

TaKe CaRe ..

Thursday, August 31, 2006

Jln Merdeka


mesia 49th beshday..
cuti !..

Wednesday, August 16, 2006

Friday, August 11, 2006

citer dari kawan

.
.
Joke Of The Day

Nie abang mana tah buat lawak pasal mak dia tercekik tulang..


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila
sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan
besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku,
apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal
jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..


Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada
yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku
pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh
kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie,
sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan
hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along
bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak
makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah
pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu
material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour
camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika
Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk
heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat
ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari,
kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!
Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada
pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?
"
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis
nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org
lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of
suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan
maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada
tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi
aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada
aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke
lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku
cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka
lalu aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan
daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun
sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2
makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan
kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw
makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan
kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi
kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg
sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi
kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang
tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil
kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih
terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi
dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..

(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu
terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.


PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga
tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung
jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)

`

Wednesday, August 02, 2006

kete api mel malam

.
.
Lawak Dalam Keretapi.. hihihi.. hihi..
(aku copy dari emel)

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke
Kuala Lumpur dengan
menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang
ramai ada seorang tua
yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri,
sambil menguap si pemuda
bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul
berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita
tujukan kepada
sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat
jawapan. Namun kali ini
sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri
sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata
pemuda tersebut di dalam
hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang
tua itu tetap berdiam
diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan
berkata, "Saya hairan
mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya?
Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya
tidak mahu
menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti
akan bersoal jawap
mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan
bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.
Terus dia bertanya
lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih
mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah
mesra ketika anak gadis
dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur,
nanti kita akan turun
sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada
kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.
"Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua
orang, takut nanti dia
mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan
berehat di rumah saya,
dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu
kamu boleh menjadi rapat
dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman
lelaki anak saya.
Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya
lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin
bingung.Terus dia
bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini
dengan pertanyaan saya yang
pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan
lantang, "Masalahnya?,
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM
TANGAN PON TAKDERRR!
CIKAI BETUL!!"

- Moral Cerita: Pakailah jam tangan sebelum menaiki
keretapi mel-malam ke
Kuala Lumpur, kalau hendak beristeri.

`

Friday, July 21, 2006

sEmPoi


.
.
a MoTHeR oF a LoVeLY DaUgHteR N sOn...aNd a WiFe oF a VeRY sEmPoI HuBBy... :)*

Thursday, July 20, 2006

demi masa

.









Berikan dia waktu..



Kerana waktu mampu menyembuh
Waktu juga mampu membunuh...

ketidaksempurnaan itu menjadikan kita, manusia. Seadanya.

`
~belalang

`

Tuesday, July 18, 2006

Siti dan Miti

.
.
.
Selasa, 18 julai 2006

21 Ogos hari bahagia buat Siti, Khalid
Oleh Farihad Shalla Mahmud dan Serimah Mohd Sallehuddin

KUALA LUMPUR: Bibit percintaan Siti Nurhaliza Tarudin dengan usahawan, Datuk Khalid Mohamad Jiwa, terjalin sekembalinya penyanyi popular itu ke tanah air selepas konsertnya di Royal Albert Hall, London, April tahun lalu.

Siti, 27, yang mengakhiri spekulasi mengenai kisah cintanya semalam berkata, hubungannya dengan Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K, 47, semakin mesra beberapa bulan kemudian sehingga beliau memberitahu keluarganya.

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Biarlah Rahsia itu mengesahkan akan menikahi Khalid pada 21 Ogos ini di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta sebelum waktu Zohor, manakala majlis persandingan akan berlangsung pada 28 Ogos di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).


Miti boleh bertindak tangani masalah gula
Oleh Norfatimah Ahmad dan Zainab Mohd Yatim

KUALA LUMPUR: Hanya Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) boleh bertindak terhadap kilang gula yang enggan mengutamakan bekalan domestik, mengenakan sekatan kuota eksport.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, berkata pihaknya sudah mengadakan perbincangan dengan Miti, malah beberapa cadangan turut dikemukakan kepada kementerian itu bagi menangani masalah kekurangan gula sejak awal tahun ini.

Miti yang bertanggungjawab dalam pengeluaran permit (AP) import dan eksport kilang itu. Kerana itu, sebarang tindakan juga perlu datang daripada kementerian itu,” katanya selepas merasmikan Hari Pengguna Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria di sini, semalam.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Rafidah Aziz ketika ditanya mengenai perkara itu semalam bagaimanapun enggan mengulas kerana beliau baru balik dari luar negara.

Ini adalah berikutan tarikh perkahwinan Siti yang semakin dekat dan difahamkan kekurangan gula yang melampau akan menjejaskan rase sirap yang disediakan pada majlis nanti.

www.bharian.com.my

`

Friday, July 14, 2006

duit

.
.
.

Duit sehinggit telah bertemu dengan lima puluh hinggit dan bertanya:
"Oit, lama tak nampak, mana ko pergi?"
Lima puluh menjawab:
" aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, naik Hard Rock Cafe, gi KK naik AirAsia, lepak Time Square, Low Yat.. tempat2 cam tu lah. Eh, ko camner lak?"
Duit sehingit menjawab perlahan seraya menunduk:
" hmm.. bosan.. balik- balik tempat sama.. surau, masjid, surau ".


`

Friday, July 07, 2006

beca



Lesen Beca Roda Tiga

(Enakmen Kenderaan Bab 167)

Walaupun permohonan lesen ini makin berkurang, namun lesen-lesen terus dikeluarkan kepada pemilik-pemilik beca roda tiga/kereta tolak yang sedia ada. Pengeluaran lesen dibuat secara tahunan.

`dbkl



.

Thursday, June 29, 2006

don't cry !

.
.
.


dun cry Joni.. ~ Conway twitty & Joni lee
.
. Vs

katakan padaku ~ Ahmad Ramli

.

Thursday, June 22, 2006

konsep 'kita'

.
.
.

Tersebutlah suatu kisah dimana si isteri telah meluahkan rasa tidak puas hatinya pada sang suami yang berbunyi lebih kurang begini...
Isteri : Apalah abang nie...asalkan kawan abang datang, abang mesti cakap rumah abang, kereta abang, TV abang, sofa abang...tak adil lah macam nie...asik asik abang aje...
Suami: La...abis ayang nak cakap macam mana...
Isteri : Abang cakap la...rumah kita...kereta kita...TV kita...sofa kita... bukankah semua harta benda nie hak milik kita bersama...
Suami: Ahhh..iya lah...iyalah...
Isteri: Hmm...abang dari tadi lagi terhegeh-hegeh cari apa?...
Suami: Haa...ada awak nampak...seluar dalam KITA...???
Isteri: %#@**^&%#@+-#!

.

Friday, June 16, 2006

malas

.
.
.
bercakap pasal malas, ramai yang kata malas ni sifat negetif.
tapi cuba kita lihat sifat malas ni dari sudut yang positif.
mungkin sebab sifat malas inilah, yang secara tak langsung
telah mendorong manusia untuk maju..

sifat malaslah yang mendorong orang mencipta alatan untuk
memudahkan kerja-kerja kita.

sebab kita malas basuh bajulah, orang cipta washing machine,
sebab kita malas naik tanggalah, orang cipta lif,
sebab kita malas nak masak, orang buat mee segera,
tapi kalau kita masih malas nak makan!.. tak tau laaa!

kesimpulannya..
sifat malas ini amat perlu!

dan aku dah ada alasan untuk jadi malas..
hhmmm!.. malas la aku nak nyanyi!


.

Thursday, June 15, 2006

anniversary

.
.
.

Hari ni adalah 'anniversary' dia.. dan aku!

.
.

Wednesday, June 14, 2006

nasik

.
.
.
Aku penah tegur sorang kawan,
"pesal ko makan nasik tak habis,
nanti nasik tu nangis tau, membazir !"

kawan aku tu jawab,
"tak membazirlah!, Nasik yang tak habis tu
akan jadi rezeki makluk-makluk allah yang lain,
saperti ulat-ulat dan lalat-lalat!
Cuba kita bayangkan kalau kita boleh dengar binatang bercakap,
mesti boleh dengar anak-anak ulat akan tanya mak dia,
"mak..mak.. hari ni kita nak makan apa?".
lepas tu mak ulat jawab, "entahlah nak!.. hari ni orang tak buang
nasik, dieorang makan sampai abis"

mesti kita sedih bila dengar macam tuh..

aku (gelak) : pandai la ko...hampehh!


lepas tu, aku dah malas nak komplen lagi bila dia
makan nasik tak habis.

.

Monday, June 12, 2006

ehemm..

.
.
.
Kawan aku tak hisap rokok,
dia pernah nasihat aku supaya berhenti merokok,
dia cakap pasal penyakit-penyakit yang berpunca dari tabiat merokok.
Dia kata. "cara terbaik untuk elak penyakit-penyakit ni adalah
dengan tidak merokok"

Aku kata "Ya.. dan cara terbaik untuk elak kemalangan jalan raya
adalah dengan tidak memandu".

kawan aku pusing blakang,
aku pun blah..

.

Friday, June 09, 2006

cantik

.
.
.
Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa ibu menangis?"
"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepada anaknya.
"Aku tidak mengerti", kata anak itu.
Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"
"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu "
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilamana pun ia perlukan."

"Kau tahu:

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya - tempat dimana cinta itu ada."


..Setiap Wanita itu Cantik!..

Monday, June 05, 2006

belum ada judul

.
.
.
pernah kita sama-sama susah
terperangkap di dingin malam
terjerumus dalam lubang jalanan
di gilas kaki sang waktu yang sombong
terjerat mimpi yang indah ...lelah !

pernah kita sama-sama rasakan
panas nya mentahari hanguskan hati
sampai saat kita nyaris tak percaya..
bahawa roda nasib memang berputar
sahabat...masih ingatkah kauu...

sementara hari terus berganti
engkau pergi dengan dendam membara di hati....

cukup lama aku jalan sendiri
tanpa teman yg sanggup mengerti
hingga saat kita jumpa hari ini
tajam nya mata mu tikam jiwa ku
kau tampar...bangkitkan aku..
sabarr...



mng..

Tuesday, May 30, 2006

di Ambang Sore

.
.
.
Dalam renunganku seorang/Di ambang sore nan lalu/Tiada bisikan tenang/Temasya indahku bisu
Kesatu arah tertentu/Kulepaskan pandanganku/Ketempat janji bertemu/Simpang tiga rumpun bambu
Tiap sore kunantikan/Disimpang tiga titian/Dengan debar kasih sayang/Kata mesra penghargaan
Entah apakah sebabnya/Tiada khabar berita/Sejuk senja kunantikan/Namun dikau tiada datang

~ D'lloyd
,
,

Sunday, May 21, 2006

menambat rakit

.
.
.
sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan
inti pengalaman, kepedihan, agar kerinduan keresahan..

memang begitu banyak diperlukan kekuatan
ke pengkalan batin rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan

akhirnya tak terduga
kekuatan membuak sendiri
dan disedari semua tak kan sampai kedasar inti

kepiluan yang berlanjut
akhir nya ditenterami keyakinan
betapa dielak akan takdir
tetap teguh kah pintu nya

tiada beza
hilang kemudian atau pun tenggelam nya sekarang
tiada bezanya
jika langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban..


~ lagu puisi - Ahmad Ramli


.
... hepi beshday buat isteri !
.

Thursday, May 18, 2006

sesekali

.
.
.
sesekali lebih baik tidak bertemu dipantai ini
sesekali lebih baik bermimpi
kerana sesekali mimpi lebih indah dari realiti..

.
.

Wednesday, May 10, 2006

citer lama

.
.
.
teringat citer lama dari kawan aku yg diceritakan pada okt lepas..

Citer ni diceritakan satu mamat tu kat aku.
Sampai nak pecah perut dibuatnya.
tapi aku tahan, buat2 tk minat dengar,
konon citer dia amat lah boring..

Ia berlaku at Jalan Pahang.
Satu malam tu kawan pompuan kawan mamat tu punya kawan,
dia baru jer balik dari party, tak tahu la banyak mana
dia tonggangg, tapi memang dia betul-betul mabuk.
So masa dlm perjalanan balik umah tu,
ade road block olih police, polis tu tanya dan minta
driving license awek yg pening2 tu,
dengan selamber bomba awek tu kuar dari kete untuk
serahkan licence tu pada mat police.
Tapi pada ketika yang sama tu jugak berlaku kemalangan ditempat tu.
kira teruk gak la accident tu, semua terkezut!
Polis segera meninggalkan awek tu kerana untuk bantu kemalangan.
So this girl dah gubra, dalam mata sepet tu.. tak tahu nak buat camner,
Dia terus lari ke kete dan memandu balik umah di taman Medan.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan...

polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM TADI?"
Awek ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER?.."
Awek tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!.. ITU KETE SAPA TU?.."

Awek tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak kete polis
yg malam tadi balik rumah, dia ingat kete dia sebab kaler
sama warna putih (wira) cuma kete dia takde sticker polis kat tepi
pintu jer. Tak pasal2 kena saman dan gantung lesen..

moral of the story, jgn beli kereta wira warna putih.
beli la Savvy merah lagi cun !..

Monday, May 01, 2006

hari Pekerja

.
.
.
Hari ni cuti Hari Pekerja,
aku pun turut bercuti sbb aku pun seorang Pekerja !
tapi bukan semua majikan yg baik macam majikan aku,
macam2 pekeliling yg diedar kepada pekerja untuk memantapkan lagi
sesebuah organisasi pekerjaan..
contoh satu pekeliling dari majikan kawan aku..


Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada 1 mei 2006, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka
perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.
Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:
Mulai 1 mei 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor,
ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC,
anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai 1 mei 2006 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam,kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah kolum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan
gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, April 26, 2006

luka

.
.
. luka dihati siapa yang tahu




aku rasa seperti.....seorang badut yang memainkan peranannya....
.
.

Saturday, April 22, 2006

ganu ( ii )

.
.
.
PERBUALAN DI WAKAF - ii
(sambungan...)

JIDENG:
Pok Yeh berahi makang telo piung?

POK YEH:
Jamang muda-muda dulu berahi jugok. Ler ning dak beraning doh. Daroh tinggi.

JIDENG:
Memang telo piung banyok kolestrol. Maseng pulok tu. Kalu daroh tinggi, jangang tebeng!.

POK YEH:
Molek beno lah tu. Lagi pong, telo piung maha le ning. Maha pada telo ayang.

JIDENG:
Maha pasa mari Sabboh nung!

POK YEH:
Seder tu. Macanglah Teganung ni tadok ibu piung.

JIDENG:
Telo sinning kerajaang beli balik Pok Yeh weh!

POK YEH:
Kerajaang beli nok wat bejadoh apa? Meteri Beso berahi makang telo piung ke?

JIDENG:
Kerajaang beli telo piung, dia rang, dia dak makang.

POK YEH:
Menteri Beso rang telo piung?

JIDENG:
Pok Yeh ning! Adalah orang lain yang buat kerja tu. Kang ada tepat orang rang telo piung ni...

POK YEH:
Ada ke? Duane?

JIDENG:
Pula Redang ada se, Rata Abang ada se, kat Kemamang nu, kat Ma' Daerah ada se...

(DERUNGAN MOTOSIKAL KEDENGARAN MENGHAMPIRI..)

Ustad Wei mari tu Pok Yeh!

POK YEH:
Bia nye mari lah. Takut apa. Kita bukang nye khalwat...

(MOTOSIKAL BERHENTI DI WAKAF DAN ENJIN DIMATIKAN, USTAD WEI MENYAPA..)

USTAD WEI:
Assalang mualaikum!

JIDENG:
Walaikum salam Ustad!

POK YEH:
Walikum salam!

USTAD WEI:
Dudok biccang masaloh Negara ke Deng?

JIDENG:
Dak jugok....

POK YEH:
Bukang masaloh Negara ustad, masaloh piung!

USTAD WEI:
Masaloh piung pong masalah Negara jugok Pok Yeh. Kemareng saya baca dalang surat kabo kerajaang nok beli telo piung luo negeri nok rang.

POK YEH:
Seder tu! Telo piung pong nok impot jugok?

JIDENG:
Telo piung belimbing je Pok Yeh.

USTAD WEI:
Piung Belimbing hok tadok le ni.

POK YEH:
Piung Temaga Lladang pong tadok jugok doh.

USTAD WEI:
(mengerutkan kening) Tu piung hok kita buleh buat. Piung sungguh, kita dak leh buat. Kena jaga mollek lah......

JIDENG:
Apa hukong orang gandeng piung ni Ustad?

USTAD WEI:
Hukum dia dossalah. Allah bui kita nikmat alam suruh kita jaga bukang suroh kita buat punoh jahanang.

POK YEH:
Orang dak kira dossa pahala doh le ni ustad. Seme kira pitih je.

JIDENG:
Lama-lama, ada pitih pong, dakleh beli piung!

USTAD WEI:
Boleh beli telo Deng!

JIDENG:
Mujo lah ada SETRU boleh tulong piung.......

POK YEH:
Seteru piung buleh tulong?

USTAD WEI:
Bukang seteru musoh Pok Yeh. SETRU ni bagiang yang buat kajiang pasal piung ning.

JIDENG:
Ya, SETRU, Sea Turtle Research Unit ke apa......

POK YEH:

Dak rajin dengar seteru ning....

USTAD WEI

SETRU ning dia ikut piung jugok. Ayang tello sebutir rioh sekapong, piung tello beratuh-ratuh butir, dak gege rioh..

JIDENG:

SETRU tu di KUSTEM, di Pulau Redang nung STOP....

POK YEH:
Mung ni Deng kalu pasa piung ni, tahu belaka. Mung nak negga telo piung ke?

JIDENG:
Bukang nok negga Pok Yeh. Kalu abih piung jamang kita ning, ssiang ke anak cucu.

POK YEH:
Binning pong dok lagi nok beranok cucu guane?

USTAD WEI:
Heheh. Dak lama doh Pok Yeh, Jideng nok tunnang doh!

POK YEH:
Yak botang! Meroh merrang muka Jideng! Mung nak pinang anak sapa Deng?

(TERKEJUT BERUK JIDENG DAN MENAMPAKAN KEGELISAHAN DI RAUT WAJAH)

USTAD WEI:
Pok Yeh dok tau?

POK YEH:
Tau apa? Dak tau setabok ambe.

USTAD WEI:
Jideng nok pinang Mek Yoh!

POK YEH:
Mek Yoh anok ambe???..

TAMAT...

Thursday, April 20, 2006

ganu ( i )

.
.
.
PERBUALAN DI WAKAF
Rabu , April 19, 2006


DILEWAT PETANG
LOKASI SUATU TEMPAT DI WAKAF TEPI JALAN BERHAMPIRAN PANTAI DI TERENGANU
2 ORG YANG SEDANG BERSILA DAN BERHADAP MUKA SEDANG MEMERHATI PAPAN DAM DILANTAI DIHADAPAN MEREKA


JIDENG:
(selamba) Guane gamok Pok Yeh? Nok sepapang lagi?
POK YEH:
(senyum) Takmboh doh. Sepuloh papang doh kita maing, se habok dak menang. Rokok pong habih doh.
JIDENG:
Isap rokok saya lah! (sambil menghulurkan kotak rokok segeret)
POK YEH:
(mengambil dan melihat kotak rokok ) Ning rokok hanyut ning! Ada lagi?
JIDENG:
Takut nok jua. Saya sipang, isap sediri.
POK YEH:
(sambil menyalakan api rokok) Takut apa gok? Sape dia nok mari igak. Orang Kijal gandeng penyu pong orang dak igat lagi.
JIDENG:
Gandeng penyu dossa, tapi kalu ikut undang-undang dak saloh.
POK YEH:
Bakpe dak saloh nya? Tembok rima saloh, tembok rusa dak kena museng pong saloh jugok. Tembok babi tungga baru dak saloh.
JIDENG:
Tau. Tapi penyu hok kena bunuh di Kija tu bukang Penyu Belimbing.
POK YEH:
Kalu bukang penyu belimbing, buleh bunuh ke?
JIDENG:
Bukang gitu Pok Yeh.
POK YEH:
Doh tu?
JIDENG:
Undang-undang le ni kata, saloh bunuh Penyu Belimbing saja. Penyu lain kena tunggu kerajaang pinda undang-undang lah.
POK YEH:
Guane yang jadi gittu? Penyu lain bukang penyu ke?
JIDENG:
Penyu jugok Pok Yeh weh, tapi hok nok pupuh Penyu Belimbing je.
POK YEH:
Ye ke ni Deng? Dulu, Merang ning, banyok jugok penyu naik. Dak ingat doh penyu belimbing ke, penyu agah ke tapi banyoklah. Le ning tadok doh.
JIDENG:
Dulu lain Pok Yeh. Orang dak rama, Chalet tadok........
POK YEH:
Mung dak sedih ke dengo penyu kena bunuh ni Deng?
JIDENG:
Sedih jugok Pok Yeh Weh.....
POK YEH:
Basa penyu bodo! Yang gi masuk pukat orang tu bejadoh apa?
JIDENG:
Eh, jangang kata penyu bodo Pok Yeh!
POK YEH:
Bakpe?
JIDENG:
Pok Yeh tau dak, anok penyu panda daripada anok manusia..
POK YEH:
Panda guane? Buleh 9 A ke?
JIDENG:
(ketawa) Acu Pok Yeh piker. Anak manusia tubek tubek je, panda menangih je. Hok lain dak panda..
POK YEH:
Anok penyu dak panda menangih pong..
JIDENG:
Betul tu. Tapi anok penyu bila keluo dari telor dia tau mana nok gi.
POK YEH:
Dia gi duane?
JIDENG:
Tengok anak penyu di Rata Abang. Bila dia keluo je dari telor, dia panda hala ke laut. Dia dak gi hala ke darat, hala ke jalang nu..
POK YEH:
Kalu dia gi hala ke jalang, kena lenyek ke lori ikang lah......
JIDENG:
Tu yang saya kata dia panda. Mok bapak penyu pulok jarang sesat.
POK YEH:
Guane tu?
JIDENG:
Penyu ni bejalang merata dunia, dak sesat. Bila sapa masa nak tello, dia hungga mari dari Lautan Pasifik ke, Pulau Hawaii ke, dia balik tello di Malaysia ning. Dia dak sesat.
POK YEH:
Panda, panda. Pok Yeh kalu tohok di Kuatang, kalu sorang diri dak reti nok balik doh.

Thursday, April 13, 2006

hidup 2

.
.
.
Satu Cerita dengan Anak terhenti.

Kawan aku kehilangan seorang anaknya yang masih kecil. Anaknya menderita leukimia selama hayat kecilnya yang hanya 3 tahun. Anak yang kecil itu belum sempat belajar berlari, bertutur dengan sebetulnya, dan belum sempat berbuat apa yang anak-anak seusianya dapat buat. Selama hampir setahun, aku melihat usaha Ayahnya untuk memastikan supaya anaknya dapat terus membesar. Supaya Cerita dengan Anaknya tidak terhenti. Dan kadang aku terdengar bagaimana terganggunya kehidupan dia yang lain semata-mata kerana penumpuannya kepada usahanya itu. Namun, akhirnya dia tidak berhasil. Kerana Yang Maha Kuasa lebih menghendakinya begitu.

Di sebalik semua itu, aku tidak melihat penderitaan. Aku tidak melihat kesedihan. Aku hanya mahu melihat kegigihan. Aku hanya mahu melihat pengorbanan. Dan, aku hanya melihat kasih-sayang. Aku juga insaf. Aku berdoa alangkah indahnya sekiranya anak-anak kecil tidak harus disemadikan oleh Ayahnya. Sebaliknya, anak-anaklah yang patut menyemadikan mereka yang lebih tua. Supaya Cerita yang dijalin dapat disambung panjang-panjang dengan pengajaran-pengajarannya. Namun demikian kita hanyalah boleh berharap dan berdoa. Dialah yang menentukan segalanya.

Dan, tat-kala Ayah itu menidurkan anaknya buat kali terakhir, aku melihat seolah dia menutup cerita dengan anaknya. Cerita yang singkat namun tetap penuh dengan pengajaran tentang kasih-sayang; kepada semua.


p/s..Aku hanya menulis untuk anak-anak aku. Aku harap bila mereka sudah
dewasa dan dapat membaca, mereka dapat menghayati semula
pengalaman mereka semasa membesar. Dan dari itu,
akan sentiasa ingat sejarah dan asal usul mereka. Aku minat sejarah dan
aku sangat hormati sejarah.
Aku inginkan mereka juga demikian.

Friday, April 07, 2006

hidup 1

.
.
.



Hidup ini kadangkala persis papan catur
Jika kau tidak menggerakkan bidak-bidakmu
Kau akan tewas dan tersungkur.

Saturday, April 01, 2006

dahan yg bergoyang

.
.
.
Bla bla bla.. nothing to say…
play pool @ crown princess with kid

btw..minyak naik ni..fenin!

hahaa... pool_april !

Monday, March 27, 2006

sibuk ke aku ?

.
.
.
"Lama tak nampak?.. Ingatkan dah pindah rumah."

aduhh !. Bisa robek ati gue !..

Isshh... Kalau orang lain menegur aku macam ni, aku tak kisah.
Kalau dia... jangan!..
Kalau esok aku pejam, dialah yang dihadapan sekali berdiri tegak dikepala aku.

Aku tersipu-sipu mencari alasan.

"Tak ke mana-mana Pak Imam. Saya masih kat sini. Belum pindah lagi.
Cuma balik kerja lambat.."

Wednesday, March 22, 2006

belalang

.
.
.
Belalang....omputih panggil 'grasshopper'
kamus kata 'is an insect with long back legs that jumps high into the air and make a high vibrating sound'..
yeahh... memamg belalang ada bunyii...
belalang..perkataan yang tak asing dalam sejarah drama melayu
walau telah berzaman.. namun tetap tak lapuk
"beelaalangggg..., ooo beelaalanggg.. macam mana niii belaalangggg"
tu lah dia nujum 'pak belalang....'
belalang..saiz tubuhnya kecil, rambutnya tiada (botak ke ek ?..)
walaupun tidak berperut buncit,
zatnya tetap banyak
bangkai yang halal dimakan dalam islam adalah ikan dan belalang
kerana itu ia menjadi hidangan istimewa di suatu tempat di sabah/serawak
Ermmm..belalang..........kadang kala ku rasa kau terlalu jinakkk..
tapi kadang2 sukar untuk ku gapaiii..
aku amat gembira andai dirimu dalam genggamanku
walau kutahu ia tidak lama.. walau kutahu aku terpaksa menangkapmu kembali,..
aku tetap terpaksa melepaskanmu, pulang ke sarangmu
kerana kau bukan milikku seorang... kau milik alam belalang.....
esok kau akan ke hutan hijau yang penuh dengan tumbuhan,..
air mengalir... dan pucuk hijau untuk kau makan..
katamu... kau ingin berehat, meredakan tekanan ..
pergilah belalang.. itu hukum alam, mencari ketenangan
cuma satu pesanku !
jangan lupa pulang, pulang ke hutan batu
dunia masih disini, menanti untuk menggenggammu lagi
belalang....ketahuilah belalang
walau bagaimanapun dikau..
walaupun tubuhmu hijau kekuning coklatcoklatan....
ku tetap sukakanmu


ihsan : ain

siapakah
menunggu pertemuan
kekasih
harga remaja

~ ramli ahmad

`






Posted by Picasa

Sunday, March 12, 2006

jebat naik minyak



Aku Jebat..

Aku diajar dengan semangat yang kuat. Aku diasuh dengan pintar gerak. Aku dilatih mengelit dan mengelak. Aku dinobat pahlawan terhebat.
Semangat pendekar ini jangan sesekali dihitung dicongak. Kelak, kau juga yang akan rebah tertiarap. Memohon belas menanti harap.

Tiba-tiba mati langkah, hilang gerak. Tak mampu ku tepis, tak berdaya ku elak.

Terduduk di bawah atap, terjelupuk di sebelah pam minyak.

Tatkala city aku isikan minyak. Kalau dulu dengan nilai wang perak, aku mampu berkelana ke hujung lembah, mendaki sampai ke puncak.

Kini, dengan sama nilai wang perak. Aku tak mampu walau hanya untuk bergerak !.

Jebat ini kini menawarkan city untuk ditukar dengan heli.. yang lebih perlukan minyak!.




hik.3

Wednesday, March 08, 2006

hari wanita

.
.
.
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan
oleh si anak dan membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar'

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"
Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Monday, March 06, 2006

opereter

.
.
.
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan selame ni adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah kite untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap!..sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah!.. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak hingin memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri...saya sibuk..maap

9. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap... ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)

Wednesday, March 01, 2006

kita ttp kawan !

.
.
.
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA
ROS,SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI
LEMBU,TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku..

Monday, February 27, 2006

sedekah

.
.
.
XPDC

Jika malam aku pergi
Mendamaikan keluhan
Dan sejernih embun pagi
Dari hujung cahaya
Apa ada lagi sentuhan
Apa perlu aku lakukan
Gelora nasibku
Di tengah lautan
Menjunjung kasih

Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana oh...

Dayu angin membisik
Seolah kau berkata
Dari sebuah pandangan
Capai bahasa kita
Ada lagi yang kau tinggalkan
Ada lagi yang aku simpan
Kenangan berlalu
Mana mungkin lupakan
Aduhai saujana

Tuesday, February 14, 2006

permata

.
.
.
Telah ku siapkan satu daerah paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi sebagai isteri
Untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dengan kelembutan
Untuk kau hargai dengan kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia
Yang tahu harga budi dan hati
Seorang lelaki bernama suami

Kerana engkau isteri
Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini
Tak semudah yang kita janjikan
Yang kita janjikan
Kerana kau isteriku


(kopratasa.....)



p/s .. untuk isteri ku ~ norma..
jangan lah ingat aku jiwang karat's erkk

dan mungkin juga bukan emosi aku yang jadi 'short circuit wiringg' !
tapi mungkin sebab ion-ion cinta diudara masih segar lagi untuk kita hirup bersama !


Thursday, February 02, 2006

siti dan aku

.
.
.

pon..poonn.poon poonn, ponn poonn ponn poooonn
hon kete city ku berbunyi
mari lah adik, mari mari....
bolih ku bawa jumpa siti..

adalah sebab raser nak ceria skit ari ni
nak hirup udara nyaman bekas hujan semalam ~~tak dapat !
sebab bz kat kantor
petang nanti nak cari negetive ion semerbak di atmosfera..

Posted by Picasa

Tuesday, January 31, 2006

musim baru

.
.
.
dia penoh bagitau aku yang umur kite ni ade 4 phasa
pertama : jaman budok
kedua: jaman muda
ketiga: jaman tua
keempat : jaman lanjut

aku tak tau aku ni duk jaman mana..
macam pokok tu..
dia pun tak tau, bila akan menyembah bumi
aleh2 esok lusa daun dah mula tumbuh balik, bertunas dan bercambah..
tengok la...aku akan ikut pekembangan pokok tu, kalau dah ader daun nanti akan
aku warwakan ! Posted by Picasa

Thursday, January 26, 2006

Tuesday, January 10, 2006

ondeway

.
.
.
...memang dah agak sebati

yob..! ko kat mana, dah nak start ni, korum dah cukup..cepat la..

ondeway !..

korang perasan.. walaupong apa makna istilah tu sebenarnyer
tapi macam dah sebati ...
disebabkan minda yang telah dibenam dengan 'preset meaning'..

abahh...abah.. abah kat mana ni ..?, dah nak magrib ni.. abah tak balik lagi !..

ondeway...




Thursday, January 05, 2006

ari ni

.
.
.

test...

dari sebesar 2 jari

membesar..

membesar...

terus membesar....