Thursday, August 31, 2006

Jln Merdeka


mesia 49th beshday..
cuti !..

Wednesday, August 16, 2006

Friday, August 11, 2006

citer dari kawan

.
.
Joke Of The Day

Nie abang mana tah buat lawak pasal mak dia tercekik tulang..


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila
sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlis makan
besar-besar dan best-best!!!

Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku,
apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal
jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..


Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada
yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"
Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku
pun basuh tangan.

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh
kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie,
sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan
hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along
bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak
makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah
pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu
material apa? stainless steel ke inconnel 601? nak pakai colour
camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!! tu belum lagi jika
Nabi makan pakai kerusi dan meja..bentuk bulat ke bentuk
heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat
ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari,
kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!!
Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"
Lepas tu makan lah, dengan tiga jari(sunnah Nabi) kemudian, ada
pulak suara2 yg sound: "Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari?
"
aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis
nasi satu pinggan!!! "

Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org
lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of
suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan
maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada
tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, buka tahik!!!"(tapi
aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)
"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada
aku..
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke
lidi he he heh"-kataku...

Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku
cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka
lalu aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan
daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun
sebab mereka lapar!!!(tak lawak) ha ha ha!!!"

aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2
makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan
kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw
makan, maka di kira ibadat.. Masa nak makan, niatlah makan
kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi
kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan..
(bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang)
Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg
sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi
kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang
tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)
Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.."
Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil
kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih
terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi
dengan rantai emas..)
Aku kata:
"Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "
HA HA HA..

(semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.
Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu
terkeluar..semuanya dari Allah!!!
he he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.


PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat(over ketawa sehingga
tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung
jawab!!! (superman pun akan jadi mayat)

`

Wednesday, August 02, 2006

kete api mel malam

.
.
Lawak Dalam Keretapi.. hihihi.. hihi..
(aku copy dari emel)

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke
Kuala Lumpur dengan
menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang
ramai ada seorang tua
yang duduk disebelahya. Setelah lama berdiam diri,
sambil menguap si pemuda
bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul
berapa sekarang?"

Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita
tujukan kepada
sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat
jawapan. Namun kali ini
sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri
sahaja.

Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata
pemuda tersebut di dalam
hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang
tua itu tetap berdiam
diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan
berkata, "Saya hairan
mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya?
Salahkah saya bertanya?

Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya
tidak mahu
menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti
akan bersoal jawap
mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan
bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu.
Terus dia bertanya
lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih
mesra?"

Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah
mesra ketika anak gadis
dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur,
nanti kita akan turun
sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada
kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah.
"Jadi?" tanyanya lagi.

"Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua
orang, takut nanti dia
mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan
berehat di rumah saya,
dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu
kamu boleh menjadi rapat
dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman
lelaki anak saya.
Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya
lagi.

Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin
bingung.Terus dia
bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini
dengan pertanyaan saya yang
pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan
lantang, "Masalahnya?,
SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM
TANGAN PON TAKDERRR!
CIKAI BETUL!!"

- Moral Cerita: Pakailah jam tangan sebelum menaiki
keretapi mel-malam ke
Kuala Lumpur, kalau hendak beristeri.

`