Wednesday, September 19, 2007

sahabat

.
~
kata orang, musuh jangan di cari, sahabat sejati sehidup semati.
kata orang, berkawan biar seribu, berkasih biar satu.
Kata kawan aku yang baru menyambut hari jadi, berkasih biar satu ...per satu.
Kata orang lagi, kawan ketawa sepanjang hari, kawan menangis sukar diganti.

Kata aku, sahabat bagaikan kiambang.
Berpisah demi memberi laluan, biduk lalu mengalunkan gelombang.
Bertaut kembali di air tenang.

Aku punya ramai teman dan sahabat. Dari golongan yang bermacam.

Sahabat sejati cuma enam hingga lapan

Sahabat baik, ramai tak terbilang oleh tangan.

Sahabat, tak cukup ruang untuk dinyatakan.

Sekarang, ada sahabat di alam talian.



Buat teman berteman, Age is just numbers. It’s the heart that matters..
.

Tuesday, September 11, 2007

kenapa isap rokok ?

.
~

Orang menghisap rokok kerana simpati dengan pekerja-pekerja kilang rokok, pengedar-pengedar rokok, penjual-penjual rokok yang bergantung sepenuhnya pada jualan rokok. Kalau tak ada perokok, mereka-mereka ini akan kehilangan pekerjaan dan anak isteri mereka akan menderita.Hisap rokok mengeyangkan anak isteri mereka.

aku kata, "betul la tu!"