Monday, December 31, 2007

hanya lah ANGKA



Kata orang, bila tumbesaran fizikal seorang manusia itu terhenti,
umur hanyalah angka.
Semalam, umur hanyalah angka.
Hari ini, umur adalah angka-angka yang berganda!
.
Sesungguhnya semua adalah manusia yang istimewa.
Sebagaimana manusia-manusia selainnya.
.
hari ini adalah yg terakhir buat 2007
aku akan berhenti disini..
cukup laa..
.

Thursday, December 27, 2007

citer sedih

~aku terbaca satu email yg panjang lebar diantar olih seorang insan yg baru dkenali, aku copy untuk entry ni....sambung baca !..


Assalamualaikum.

Nama saya Mohd Azman(bukan nama sebenar) dan saya sekarang sedang menuntut di salah sebuah universiti di Negara matahari terbit,Jepun. Saya ingin berkongsi pengalaman saya dengan pembaca budiman sekalian dan diharap kisah ini dapat dijadikan iktibar pada masa hadapan.

Kisah ini berlaku di depan mata saya sendiri menyebabkan saya berasa insaf.Ada seorang budak Jepun tinggal bersama-sama emaknya di daerah Yamanashi.Dua beranak ini hanya tinggal berdua sahaja kerana bapa Tatsuo-kun telah meninggal dalam satu kemalangan jalanraya.Kerana keluarga ini hanya tinggal berdua saja maka hubungan di antara Tatsuo-kun dan ibunya Maciko-san amatlah rapat sekali.Apa yang dihajati Tatsuo-kun akan cuba dipenuhi oleh ibunya dan Tatsuo-kun pula membesar menjadi remaja yang bijak lalu membolehkan dia mendapat biasiswa dan memasuki Meiji University


Ketika ini perangai Tatsuo-kun mula berubah dan selalu tidak menelefon atau pulang ke rumah ketika cuti meninggalkan emaknya kesunyian di rumah.Hendak dipendekkan cerita,Maciko-san telah mengambil keputusan untuk datang ke Tokyo untuk berjumpa dengan anak kesayangannya.Ketika itulah satu perkara yang menginsafkan saya berlaku.Ia terjadi DI DEPAN MATA saya sendiri.

Tatsuo-kun baru saja keluar dari pintu universiti bersama rakan-rakannya ketika ibunya tiba dan memanggil namanya.Melihat keadaan ibunya yang berpakaian kampung membuatkan Tatsuo-kun berasa malu dengan rakan-rakannya yang rata-rata anak orang berada.Tatsuo-kun dengan muka yang berang mendekati emaknya dan berkata "Makcik ni silap orang la..".Saya berasa sedih dan terkejut ketika itu melihat Maciko-san dilayan sebegitu tetapi masih mampu mengawal air mata.

Maciko-san memegang tangan anaknya dan merayu supaya anaknya tidak bercakap begitu tetapi Tatsuo-kun yang didorong perasaan malunya telah menolak emaknya ke arah jalan raya dan dilanggar kereta. Saya berasa sungguh sedih dan cuba untuk menolong tetapi apakan daya kerana ianya berlaku di dalam televisyen rumah saya cuma.Lantas saya mengambil remote control dan menukar ke siaran yang lain.



Diharap para pembaca tidak berasa marah dan tertipu dengan kisah En.Mohd Azman tadi kerana penulis telah pun memukulnya sehingga muntah darah kerana membuat lawak dengan muka serius.
,

Wednesday, December 26, 2007

tengku..juh

~

"Setiap kali aku basuh kereta je, hujan!..," keluh aku apabila melihat mendung berarak.

"Mmmm... Berhenti la basuh kereta tu... nanti abah boleh selesaikan masalah banjir di tiga negeri," ngomel org umah aku sambil mengacau teh tarik.

.
.../

Tuesday, December 25, 2007

burung murai

~
1979

Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?
Bapak : Burung Murai
Anak : Burung aper?

PELEMPANGGGGGGGGGGGGGGGG!!!! (Sibapak tampor)

Anak : HuaaaaaaHuaaaaaaaHuaaaaaaa!! (meleleh air mata)
Bapak : Besok kalu Tuhan kasi betul-betul telinga kau tuli baru kau tahu! Udah!!! Jgn permainkan orang tua-tua... tak baik!!!!

......................................................

2007

Bapak : Burung aper?
Anak : Burung Murai
Bapak : Aa aa yer burung Murai
Anak : Eh!!Kenaper abah tak ulang-ulang tanyer? Masih power telinga abah ni yer.
Bapak : Yer! Masa dulu kalu arwah datuk kamu panggil abah suruh ke kedai ke aper, sekali panggil jer abah dah menyahut. Abah tak berani nak buat pura-pura pekak macam ngko selalu buat masa kecik-kecik. Barangkali itulah yang jadi barakahnyer, jadi telinga abah ni Allah Taala kasi clear sampai sekarang
!

Monday, December 24, 2007

untuk sebuah nama

.
~Ebiet g.ade -
Lagu untuk sebuah nama..

Mengapa jiwa ku mesti bergetarr
Sedang musik pun manis ku dengar
Mungkin kerna ku lihat lagi..
Lentik bulu mata mu
Bibir mu
Dan rambut mu yang kau biarkan
Jatuh berderai dikening mu
Makin mengajak ku terpana
Kau goreskan gita cinta..

Mengapa aku mesti duduk disini
Sedang kau tepat didepan ku
Mestinya aku berdiri.. berjalan kedepan mu
Ku sapa...
Dan ku nikmati wajah mu
Atau ku isyaratkan cinta..
Tapi semua tak ku lakukan
Kata orang...cinta mesti berkorban

Mengapa dada ku mesti bergoncang
Bila ku sebutkan nama mu
Sedang kau diciptakan ..bukan lah untuk ku
Itu pasti..

Tapi aku tak mau peduli
Sebab cinta bukan mesti bersatu
Biar ku cumbui bayang mu..
Dan ku sandarkan harapan ku..



Sunday, December 23, 2007

mata aku merah-kemerah-merahan

~
Pada 1923, pendaki gunung Inggeris, George Leigh Mallory, ditanya oleh The New York Times kenapa dia mahu mendaki Gunung Everest, dan jawabnya, "Kerana ia ada di situ." Kata-kata ini dalam versi Inggerisnya, "Because it's there" menjadi terkenal. Mallory ingin sekali menakluki Everest. Dia ingin sekali mengalahkan Everest dan membuktikan dia boleh. Mallory hilang di Everest setahun kemudian. Kadang-kadang tidak masuk akal kenapa manusia mahu membuktikan kejuaraannya. Seboleh-bolehnya mahu jadi nombor satu. Dalam kamusnya tidak ada perkataan "menyerah kalah." Bukan sedikit orang yang cedera, kudung dan mati mendaki Everest. Walaupun aku ini bukan lebai, tetapi ada juga sirah yang aku ingat. Muhammad pernah membiarkan Aishah menang ketika berlumba lari. Mungkin sirah ini tidak berapa releven dengan kes gunung tadi, tetapi itulah yang lebih baik, kalian tahu kalian boleh menang tetapi kalian mengalah. Memang benarlah kadang-kadang kita punya saku penuh dengan muslihat. Dalam lengan baju ada daun-daun terup yang masih belum digunakan. Kita boleh menang. Usaha tanpa jemu itu bagus tetapi apa erti kepuasan jika yang menang jadi arang dan yang kalah jadi abu. Adakah trofi yang direbutkan atau ego yang diraikan? Pada 1999, 75 tahun kemudian, mayat George Mallory ditemui di Everest. Dan anaknya, John Mallory memperkecilkan usaha ayahnya, "pada saya, satu-satunya cara untuk ke puncak adalah pulang dalam keadaan hidup. Kerja ini separuh siap jika engkau tidak pulang ke bawah."...........Dan Tuhan lebih mengetahui............

KATA-KATA HIKMAT

"Win as if you were used to, lose as if you enjoyed it for a change" -Ralph Waldo Emerson
“Courage is as often the outcome of despair as of hope, in the one case we have nothing to lose, in the other, everything to gain”
-Diane de Pointiers quotes
"Kalahkan diri sendiri dahulu sebelum mengalahkan orang lain."
-nin9

.

Thursday, December 13, 2007

luka dihati siapa yang tahu

.
.
.




luka dihati siapa yang tahu




aku rasa seperti.....seorang badut yang memainkan peranannya....

.

diam seekor Cicak

.

Aku masih melekat di situ. Siling putih yang menjadi langit hidup aku.
Langit yang bersih. Langit yang penuh dengan garis-garis pedih.

Aku bukannya tak mahu bebas melangkah meneroka setiap penjuru ruang,
cuma itu sahaja had batasan termampu. Aku diam di satu sudut
paling istimewa bagiku. Dari sudut itu, aku mampu melihat pemandangan
empat penjuru dan empat tembok bisu. Dari sudut itu aku mampu melihat
kehidupan kalian yang pantas berlalu tanpa perlu menunggu kehadiran aku.

(Dari sudut itu aku tak mampu melihat apa-apa sebenarnya, cuma mata fikirku memandang setiap kejadian dengan penuh pengamatan dan rasa).

Aku punyai visi dan punyai mimpi seperti hidupan-hidupan lain ciptaan Ilahi.
Mungkin di sini aku akan mati tanpa disedari oleh mana-mana insani
atau mungkin aku akan merangkak bebas suatu hari nanti dengan harga diri.
Dengan perjuangan yang masih berapi. Perjuangan yang banyak intepretasi.

Seperti yang kalian tahu, aku punya satu anugerah yang tidak
dikurniakan pada mana-mana hidupan di dunia ini.
Aku mampu menanggalkan ekorku tatkala musuh mengejarku.
Itu pastinya sesuatu yang akan mengelirukan baik kepada musuh
atau rakan-rakanku sendiri. Bila dan di mana aku akan menanggalkan ekorku,
hanya aku yang pasti.

Siapa lawan dan siapa kawan? Satu pencarian yang tiada hujung jawapan.
Hari ini, sang labah-labah mungkin menjadi sahabatku, entah esok dialah seteru yang melancarkan peluru ke dadaku. Semalam sudah berlalu,
esok lusa tiada siapa yang tahu.

Apa yang pasti, aku tak mahu anak-anak cicakku keliru nanti sebagaimana
kelirunya dunia ini. Anak-anak kecil dipanggang dan disembelih
di sekolah hanya untuk menyuarakan isi hati kepada sebuah negara
yang ditadbir oleh pemerintah kuku besi.

Jadi,

Siapa penjahat dan siapa pahlawan yang terhebat?
Jangan disoalkan kepada aku,
aku hanya seekor cicak yang melekat di dinding penuh karat.

Diam seekor cicak, diam yang penuh misteri..



~belalang- diam yang menyimpan seribu teka-teki
.

Monday, December 10, 2007

cari penyakit

..

Aku, Beramboi dan Pyan menyedut asap keluar masuk kerongkong di beranda. Masing-masing ada kotak sendiri, tidak perlu meminta-minta. Sidang anti-perokok di dalam rumah melabel kami, Skuad Berani Mati. Rokok menjadi punca banyak penyakit. Label itu kena tepat pada kami. Orang yang tidak merokok pun akan berisiko jika terdedah kepada asap rokok. Satu doktor berkata, "malah pakaian yang terdedah kepada asap rokok bahaya kepada mereka yang mengidap asma. "Sidang anti-perokok di dalam rumah menyeru kami supaya menghisap rokok dalam keadaan bogel agar pakaian kami tidak berbau asap. Mmm, idea yang bagus juga itu. Mulai sekarang kami akan berkempen, "Bogel! Demi Keselamatan Orang Awam. Katakan YA!" Semoga kalian rasa lebih selamat selepas ini.

.nin9/hik3..

Wednesday, December 05, 2007

aku disini

.
~
Aku akan berhenti di sini.


Perlahan-lahan makan.. anak……sayang…

Jangan sampai tercekik Paku Seluruh Alam…

Berhati-hati minum..sayang…

Jangan sampai tersedak buih satu lautan…

Perlahan-lahan jalan.. sayang…

Jangan sampai tersadung Bendul Gunung Impian…

Berhati-hati tatang ..alahai intan…

Jangan sampai tertumpahkan setitis pun kasih sayang. -


lagu: Oh..Anak - M. Nasir (Phoenix Bangkit )



-nin9../azie ira nijai- maaf..banyak masa kalian telah dicuri,
.........abah syg kamu..! (keraka na bule..)

Tuesday, December 04, 2007

cuma hari itu,ko marah pada aku

.
~
Aku tahu, engkau masih seperti yang dulu.
Masih bermanja dengan pasir dan pohon rhu.
Masih tak jemu menghempaskan dirimu ke dada pantai
tanpa menghitung waktu yang berlalu.
Masih mengalunkan buih-buih kecil yang menghilang disebalik telapak kakiku.

Cuma hari itu, engkau marah pada aku.

Engkau marah kerana aku tak pernah cuba untuk mengenalimu.
Aku tak pernah bersyukur atas apa yang terukir dari dalam dadamu.
Aku tak pernah cuba untuk membantu mu.
Aku tak pernah berbaik-baik dengan musuh-musuhku.
Aku tak pernah bermunajat pada Pencipta engkau dan aku.
Aku tak pernah surut dari mengeluarkan kata-kata palsu.
Aku tak pernah malu memadu nafsu disebalik pintu-pintu maruahku.
Aku menganggap bahawa perasaan itu sesuatu yang cukup murah,
cukup mudah untuk aku lemparkan ke dalam lumpur yang merah merekah.
Aku seringkali hanyut dalam buih-buih putih,
hanyut dalam khayalan yang pedih.
Aku sering lupa untuk sujud padaNya,
lupa bahawa aku hanyalah hamba yang tak berdaya.
Tuhan, ampunkan dosa-dosa hambamu.

~nin9

Sunday, December 02, 2007

selamat belajar

.
~
Aku mendapat berita bahawa ada seorang kawan baik akan menamatkan
zaman bujangnya pada hari semalam (1hb Disember ).
Selamat bertunang aku ucapkan dan semoga kalian akan berbahagia
sehingga ke akhir hayat. Jangan selepas ini ngko kalah lagi pada
sebongkah batu di Himalaya. Kalau kita lihat putaran hidup kita,
semasa lahir kita menangis di kala orang lain ketawa,
kemudian kita sama-sama ketawa di hari bahgia,
nanti esok-esok, semua orang lain menangis bila kita dipanggilNya.


lagu boyan : la obe..

setulu bule kaperakan
nengkene bule la ngastabe
setulu malem aberik mesem
arapa bule tak tao
bule tak tao

arapa ..arapa alek
la au be tinaju bule
antongku..
antongku alek
buke...nastabe

(maksudnye....


la obe.. (dah berubah)
dahulu aku gembira
sekarang ku sudah bersedih
dahulu malam memberi senyuman
mengapa aku tak tau
aku x tau.....

(sori lah aku bukan tau sgt bahasa ni...
kawan aku soh aku cari translate..)

~nin9