Monday, March 27, 2006

sibuk ke aku ?

.
.
.
"Lama tak nampak?.. Ingatkan dah pindah rumah."

aduhh !. Bisa robek ati gue !..

Isshh... Kalau orang lain menegur aku macam ni, aku tak kisah.
Kalau dia... jangan!..
Kalau esok aku pejam, dialah yang dihadapan sekali berdiri tegak dikepala aku.

Aku tersipu-sipu mencari alasan.

"Tak ke mana-mana Pak Imam. Saya masih kat sini. Belum pindah lagi.
Cuma balik kerja lambat.."

Wednesday, March 22, 2006

belalang

.
.
.
Belalang....omputih panggil 'grasshopper'
kamus kata 'is an insect with long back legs that jumps high into the air and make a high vibrating sound'..
yeahh... memamg belalang ada bunyii...
belalang..perkataan yang tak asing dalam sejarah drama melayu
walau telah berzaman.. namun tetap tak lapuk
"beelaalangggg..., ooo beelaalanggg.. macam mana niii belaalangggg"
tu lah dia nujum 'pak belalang....'
belalang..saiz tubuhnya kecil, rambutnya tiada (botak ke ek ?..)
walaupun tidak berperut buncit,
zatnya tetap banyak
bangkai yang halal dimakan dalam islam adalah ikan dan belalang
kerana itu ia menjadi hidangan istimewa di suatu tempat di sabah/serawak
Ermmm..belalang..........kadang kala ku rasa kau terlalu jinakkk..
tapi kadang2 sukar untuk ku gapaiii..
aku amat gembira andai dirimu dalam genggamanku
walau kutahu ia tidak lama.. walau kutahu aku terpaksa menangkapmu kembali,..
aku tetap terpaksa melepaskanmu, pulang ke sarangmu
kerana kau bukan milikku seorang... kau milik alam belalang.....
esok kau akan ke hutan hijau yang penuh dengan tumbuhan,..
air mengalir... dan pucuk hijau untuk kau makan..
katamu... kau ingin berehat, meredakan tekanan ..
pergilah belalang.. itu hukum alam, mencari ketenangan
cuma satu pesanku !
jangan lupa pulang, pulang ke hutan batu
dunia masih disini, menanti untuk menggenggammu lagi
belalang....ketahuilah belalang
walau bagaimanapun dikau..
walaupun tubuhmu hijau kekuning coklatcoklatan....
ku tetap sukakanmu


ihsan : ain

siapakah
menunggu pertemuan
kekasih
harga remaja

~ ramli ahmad

`






Posted by Picasa

Sunday, March 12, 2006

jebat naik minyak



Aku Jebat..

Aku diajar dengan semangat yang kuat. Aku diasuh dengan pintar gerak. Aku dilatih mengelit dan mengelak. Aku dinobat pahlawan terhebat.
Semangat pendekar ini jangan sesekali dihitung dicongak. Kelak, kau juga yang akan rebah tertiarap. Memohon belas menanti harap.

Tiba-tiba mati langkah, hilang gerak. Tak mampu ku tepis, tak berdaya ku elak.

Terduduk di bawah atap, terjelupuk di sebelah pam minyak.

Tatkala city aku isikan minyak. Kalau dulu dengan nilai wang perak, aku mampu berkelana ke hujung lembah, mendaki sampai ke puncak.

Kini, dengan sama nilai wang perak. Aku tak mampu walau hanya untuk bergerak !.

Jebat ini kini menawarkan city untuk ditukar dengan heli.. yang lebih perlukan minyak!.




hik.3

Wednesday, March 08, 2006

hari wanita

.
.
.
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam
di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu
segera mengesatkan tangan di apron lalu menyambut kertas yang dihulurkan
oleh si anak dan membacanya.

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai RM4.00
2) Tolong jaga adik RM4.00
3) Tolong buang sampah RM1.00
4) Tolong kemas bilik RM2.00
5) Tolong siram bunga RM3.00
6) Tolong sapu sampah RM3.00
Jumlah : RM17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu - PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata, "Saya Sayangkan Ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis 'Telah Dibayar'

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan bertanya, "Wahai
Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan baik dariku?"
Rasulullah menjawab, "Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali), kemudian
ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

Monday, March 06, 2006

opereter

.
.
.
Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan selame ni adelah salah... dan kebanyakannye sama..terpikir kah kite untuk menjawab dengan jawapan yang betul. Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le korang boring sangat kalu jadi operator).

1. Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maap!..sini bukan balai polis.

2. Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah!.. saya kat sini,mane le saya tau sape kat sane..

3. Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler. buat ape tanye saya.

4. Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik,nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur.

5. Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah.bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli.

6. Soalan: haloo timah, buat ape tu?
Jawapan: kan ke saya tengah bercakap ngan awak kat tepon ni..

7. Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maap.nombor yang anda dail tidak hingin memberikan perkhidmatannye... time kacih.

8. Soalan: haloo, tolong panggilkan samad. saya nak bercakap dengannye.
Jawapan: sila panggil sendiri...saya sibuk..maap

9. Soalan: halloo... ...
Jawapan: haloo. pusat sakit mental disini. anda ingin mendaftar?

10. Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya...
Jawapan: maap... ini bukan kaunter pertanyaan.

11. Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi. kalau saya masih menjawab betul le tu.

12. Soalan: assalammualaikum...
Jawapan: waalaikummussalam..(tupp!..terus letak tepon.salam kite wajib
jawab)

Wednesday, March 01, 2006

kita ttp kawan !

.
.
.
kata mak,
KAWAN tu ibarat lebah,
habis madu sepah dibuang.......

kata abah,
KAWAN tu umpama bunga ros,
dipandang cantik dipegang sakit.....

kata atuk,
KAWAN tu seperti air
terus mengalir.....

kata nenek,
KAWAN tu bak bulan
dipuja dan disanjung tp nun jauh di sana....

kate sedare,
kawan tu mcm makanan,
kawan makan kawan!!

kata abang,
KAWAN tu seperti lembu
mengikut saje ape dikata........

kata kakak,
KAWAN tu tak ubah macam durian
bau je busuk tp sedap dimakan....

kata adik,
KAWAN tu macam biskut
sekejap ade sekejap takde.......

kata aku,
kawan tu tak kisahlah camner..
walaupun dia IBARAT LEBAH,UMPAMA BUNGA
ROS,SEPERTI AIR,BAK BULAN,SEPERTI
LEMBU,TAK UBAH MACAM DURIAN & MACAM
BISKUT!!!
dia tetap kawan...
tau tak sebab ape???
sekali aku dah kawan ngan dia
selamanye dia ttp kawan aku..