Tuesday, May 30, 2006

di Ambang Sore

.
.
.
Dalam renunganku seorang/Di ambang sore nan lalu/Tiada bisikan tenang/Temasya indahku bisu
Kesatu arah tertentu/Kulepaskan pandanganku/Ketempat janji bertemu/Simpang tiga rumpun bambu
Tiap sore kunantikan/Disimpang tiga titian/Dengan debar kasih sayang/Kata mesra penghargaan
Entah apakah sebabnya/Tiada khabar berita/Sejuk senja kunantikan/Namun dikau tiada datang

~ D'lloyd
,
,

Sunday, May 21, 2006

menambat rakit

.
.
.
sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan
inti pengalaman, kepedihan, agar kerinduan keresahan..

memang begitu banyak diperlukan kekuatan
ke pengkalan batin rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan

akhirnya tak terduga
kekuatan membuak sendiri
dan disedari semua tak kan sampai kedasar inti

kepiluan yang berlanjut
akhir nya ditenterami keyakinan
betapa dielak akan takdir
tetap teguh kah pintu nya

tiada beza
hilang kemudian atau pun tenggelam nya sekarang
tiada bezanya
jika langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban..


~ lagu puisi - Ahmad Ramli


.
... hepi beshday buat isteri !
.

Thursday, May 18, 2006

sesekali

.
.
.
sesekali lebih baik tidak bertemu dipantai ini
sesekali lebih baik bermimpi
kerana sesekali mimpi lebih indah dari realiti..

.
.

Wednesday, May 10, 2006

citer lama

.
.
.
teringat citer lama dari kawan aku yg diceritakan pada okt lepas..

Citer ni diceritakan satu mamat tu kat aku.
Sampai nak pecah perut dibuatnya.
tapi aku tahan, buat2 tk minat dengar,
konon citer dia amat lah boring..

Ia berlaku at Jalan Pahang.
Satu malam tu kawan pompuan kawan mamat tu punya kawan,
dia baru jer balik dari party, tak tahu la banyak mana
dia tonggangg, tapi memang dia betul-betul mabuk.
So masa dlm perjalanan balik umah tu,
ade road block olih police, polis tu tanya dan minta
driving license awek yg pening2 tu,
dengan selamber bomba awek tu kuar dari kete untuk
serahkan licence tu pada mat police.
Tapi pada ketika yang sama tu jugak berlaku kemalangan ditempat tu.
kira teruk gak la accident tu, semua terkezut!
Polis segera meninggalkan awek tu kerana untuk bantu kemalangan.
So this girl dah gubra, dalam mata sepet tu.. tak tahu nak buat camner,
Dia terus lari ke kete dan memandu balik umah di taman Medan.
So the next morning polis datang ketuk pintu rumah dia dan...

polis tu tanya dia, "AWAK PEGI MANA MALAM TADI?"
Awek ni pulak jawab, "TAK KEMANA ENCIK. SAYA KAT RUMAH JER."
So polis tu tanya lagi, "BETUL KER?.."
Awek tu jawab, "BETUL ENCIK. SUMPAH SAYA TAK GI MANA2, TANYA LER NGAN HOUSEMATE SAYA."
So polis tu kata, "YE KER? (sambil tergelak) MARI SINI, KELUAR JAP"
Lepas tu polis tu tunjuk, "HA!.. ITU KETE SAPA TU?.."

Awek tu macam nak pengsan sebab dia dah terbawak kete polis
yg malam tadi balik rumah, dia ingat kete dia sebab kaler
sama warna putih (wira) cuma kete dia takde sticker polis kat tepi
pintu jer. Tak pasal2 kena saman dan gantung lesen..

moral of the story, jgn beli kereta wira warna putih.
beli la Savvy merah lagi cun !..

Monday, May 01, 2006

hari Pekerja

.
.
.
Hari ni cuti Hari Pekerja,
aku pun turut bercuti sbb aku pun seorang Pekerja !
tapi bukan semua majikan yg baik macam majikan aku,
macam2 pekeliling yg diedar kepada pekerja untuk memantapkan lagi
sesebuah organisasi pekerjaan..
contoh satu pekeliling dari majikan kawan aku..


Staff Sekalian,

Perhatian kepada semua staff. Berkuatkuasa pada 1 mei 2006, syarikat ini akan menguatkuasakan peraturan baru kepada semua staff. Perkara yang digubal adalah seperti berikut:-

a. PENGANGKUTAN.
Sekiranya anda memandu kereta import, kereta mewah atau kereta Honda contohnya, kami menganggap anda sudah terlalu mewah, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kereta yang telah uzur, lebih dari 10 tahun atau menggunakan pengangkutan awam, kami mengandaikan anda mempunyai banyak simpanan, jadi tiada kenaikan gaji. Sekiranya anda memandu kerata nasional samaada proton atau perodua, kami mengandaikan anda telah berada di level yang sepatutnya, jadi tiada kenaikan gaji.

b. CUTI TAHUNAN.
Setiap orang akan mendapat cuti 104 hari dalam setahun dan kebanyakannya ialah hari sabtu dan ahad.

c. WAKTU LUNCH:
1) Staff yang kurus akan diberi rehat selama 30 minit. Ini kerana mereka
perlu makan lebih untuk kesihatan.
2) Untuk saiz normal, mereka akan diberi rehat selama 15 minit. Ini kerana mereka sedang elok dan cuma perlu mengambil makanan secara stabil.
3) Untuk mereka yang gemuk, mereka akan diberi rehat selama 5 minit sahaja.
Ini kerana mereka cuma perlu makan pil dan susu atau teh untuk menguruskan badan.

d. CUTI SAKIT:
Mulai 1 mei 2006 kami tidak lagi mengiktiraf sijil sakit dari Doktor,
ini kerana sekiranya anda mampu pergi ke Klinik untuk dapatkan MC,
anda tentu boleh pergi kerja juga.

e. PENGGUNAAN TANDAS:
Kami mendapat aduan ramai staff yang mengambil masa terlalu lama di dalam tandas. Mulai 1 mei 2006 setiap seorang hanya boleh menggunakan tandas selama 5 minit sahaja. Sekiranya lebih dari 5 minit secara automatiknya tandas akan di pam, tisu akan stuck, pintu akan terbuka dan kemera akan menyala.Sekiranya lebih dari 2 kali gambar anda dirakam,kami akan menampal gambar anda di notis board di bawah kolum 'staff sembelit'.

f. PEMBEDAHAN :
Selagi anda menjadi staff di sini, kami tidak membenarkan anda melakukan sebarang pembedahan. Jangan cuba mengeluarkan apa-apa saja organ dari dalam badan anda kerana kami mengambil anda bekerja kerana anda mempunyai organ yang cukup. Sekiranya tidak, ini bermakna anda telah melanggar kontrak.

g. PENGGUNAAN INTERNET
Segala penggunaan internet atas urusan peribadi seperti membaca e-mail, chatting dan games akan dikenakan bayaran RM2.00 sejam (sama seperti harga pasaran). Bayaran ini akan ditolak dari gaji anda.
Sebagai permulaan, 73% staff di sini tidak akan mendapat gaji selama 3
bulan, ini kerana harga penggunaan internet sahaja telah melebihi 3 bulan
gaji mereka.

Terima kasih kerana masih setia berkhidmat di syarikat ini. Kami akan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik. Sebarang pertanyaan, komen, aduan, kekecewaan, sakit hati, bantahan, maki hamun, caci nista boleh disalurkan ke tempat lain.

Sekian, terima kasih.