Thursday, November 22, 2007

angkat jemuran....Hujann !

.
Hujan terus turun mencurah-curah bagaikan butir-butir kaca di simbah.
Bukan setakat dibumbung ini, tetapi hampir di kesemua kawasan.
Mengikut kajian aku, hujan ini seperti ingin memberitahu sesuatu.
Hujan bukan sekadar air yang tergenang pecah dari kandungan awan gemawan.
Hujan juga bukan sekadar titis-titis air berderai di udara.
Hujan adalah perlambangan yang cukup mudah untuk menarik hati atau meruntun perasaan . Kerana hujan biasanya ditemani oleh angin kencang, guruh, kilat dan petir yang bergoncang yang boleh dilambangkan dengan kemarahan dan perasaan yang tidak tenteram. Hujan juga boleh turun dengan lembut bagaikan gerimis yang boleh dilambangkan sebagai satu kesedihan atau rasa duka yang panjang.
Hujan dan udara yang dingin adalah satu kejadian Tuhan yang mengundang pelbagai tafsiran. Bagi aku, hujan membawa sejuta ketenangan.
Mengimbau seribu kenangan. Kini aku berdiri menghadap cermin yang penuh dengan titik-titik air dan lurutan hujan yang bagaikan satu lukisan kehidupan tergambar dihadapan.Pemandangan rumah-rumah yang berbalam di hadapan bagaikan menutup wajah realiti dan menghentikan detik waktu yang berjalan. Aku teringat suatu waktu dahulu, dalam hujan-hujan begini ketika aku di dataran. aku seakan tidak dilepaskan..
~

2 comments:

Anonymous said...

DATARAN menjadi saksi kasih disemai

m!an..gh said...

puteri..
DATARAN yg menjadi sejarah,
tengok nanti selepas 10 tahun..
apa yg dibangunkan diDataran..