.
~Dari suatu sudut kota ini, aku berdiri, menyendiri. Aku laungkan suara-suara rasa, sia-sia, ia tenggelam dihanyutkan dengan kebisingan bunyi jentera. Kota ini tak mahu mendengar seruan jiwa, kota ini hanya mahu mendengar hilaian ketawa dan nada-nada gembira sahaja.
Apakah penghuninya tak pernah melakarkan duka dan nestapa?
Apakah penghuninya tak pernah menitiskan air mata ?
Mengapa harus berpura-pura sedangkan realitinya, kota ini penuh dengan orang-orang yang kecewa. Penuh dengan orang-orang yang sakit dan tenat dengan cara hidupnya.
Dari sudut gelap kota, aku melangkah tanpa suara, tanpa kata. Laungan-laungan mulia memanggil-manggilku agar melangkah ke rumahNya, di persimpangan dua arus lesu, Di mana cahaya bersinar menerangi sudut-sudut kelabu.
Aku bertamu lagi di Kota itu.
Tunggu aku, aku datang untuk mengenalimu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
kenalilah Dia..
parasol..
kan ku damba kn untuk nye
semoga kau telah mengenalinya m!an.
seperti aku ingin mengenalimu.........
Post a Comment