Tuesday, December 04, 2007

cuma hari itu,ko marah pada aku

.
~
Aku tahu, engkau masih seperti yang dulu.
Masih bermanja dengan pasir dan pohon rhu.
Masih tak jemu menghempaskan dirimu ke dada pantai
tanpa menghitung waktu yang berlalu.
Masih mengalunkan buih-buih kecil yang menghilang disebalik telapak kakiku.

Cuma hari itu, engkau marah pada aku.

Engkau marah kerana aku tak pernah cuba untuk mengenalimu.
Aku tak pernah bersyukur atas apa yang terukir dari dalam dadamu.
Aku tak pernah cuba untuk membantu mu.
Aku tak pernah berbaik-baik dengan musuh-musuhku.
Aku tak pernah bermunajat pada Pencipta engkau dan aku.
Aku tak pernah surut dari mengeluarkan kata-kata palsu.
Aku tak pernah malu memadu nafsu disebalik pintu-pintu maruahku.
Aku menganggap bahawa perasaan itu sesuatu yang cukup murah,
cukup mudah untuk aku lemparkan ke dalam lumpur yang merah merekah.
Aku seringkali hanyut dalam buih-buih putih,
hanyut dalam khayalan yang pedih.
Aku sering lupa untuk sujud padaNya,
lupa bahawa aku hanyalah hamba yang tak berdaya.
Tuhan, ampunkan dosa-dosa hambamu.

~nin9

2 comments:

Anonymous said...

m!an..
1 peringatan buat ku juga
t.kasih..

m!an..gh said...

parasol ,..
u r my pren !